Rabu, 29 Disember 2010

Mempimpin Transformasi Sekolah

Salam hormat. Umum sudah mengetahui dan bersetuju bahawa keberkesanan pengurusan dalam organisasi pendidikan berhubung rapat dengan penyediaan pendidikan yang bermutu dan standard yang tinggi untuk pelajar. Kajian telah menunjukkan sekolah-sekolah yang baik, unggul dan prestasi cemerlang adalah hasil kepimpinan cekap, berkesan dan berkualiti.

MGB berpendapat GB mesti berupaya membina, melaksanakan perancangan strategik sekolah. Melalui perancangan strategik sekolah, guru-guru, staf sokongan, ibubapa, komuniti dan murid-murid bersepakat menjayakan misi, visi, matlamat, objektif untuk mencapai sasaran melalui kerjabuat yang terancang. Perancangan patut mengambil kira skop kerja seperti kemampuan dan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan semua. Perancangan pelu ada jadual dan jangka masa atau tempoh masa tertentu. Ia buka dibuat secara ad hoc atau tergesa-gesa untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Akhirnya perancangan yang baik mesti dipimpin dan diurus oleh kepimpinan dan pengurusan yang baik.

GB adalah pemimpin tertinggi sekolah yang berupaya membawa perubahan kepada sekolah mereka. Disinilah perlunya kepada kweujudan gaya, pendekatan atau jenis pemimpim 'transformational' yang boleh menjadi pilihan pegangan GB. Jangan jadi pemimpin yang tidak 'berjenis'. Jangan telalu bergantung kepada karisma peribadi. Kepimpinan transformational boleh berperanan sebagai pemimpin mengikut situasi (situational leader). Ia menggunakan pelbagai gaya kepimpinan dalam konteks yang berbeza.

Alimuddin (2006)menyebut perubahan dalam organisasi yang hendak dibuat memerlukan GB memiliki asas kepimpinan seperti:
1. Membantu membina budaya collaborative iaitu bekerjasama,team work, hormat-menghormati atau saling membantu
2. Berusaha meningkatkan pembangunan intelek, personal dan profesionalisme warga guru
3. Berusaha dan bersedia menyelesaikan masalah berkait peribadi, tugas dan kerjaya sekiranya berlaku dikalangan warga sekolah.

Transformasi tidak berlaku dengan mudah jika aspek-aspek kepuasan kerja, kejayaan dan persepsi mengenai kejayaan yang tidak sekata dan seiring diantara warga sekolah. GB yang berjaya adalah GB yang berjaya membuat tranformasi dalam organisasinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan