Rabu, 4 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Salam bahagia dan selamat bertemu kembali. Tahun 2012 sudah menjengah dan MGB telah bersedia menghadapi cabaran baru dan tanggungjawab yang lebih besar untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan dan kepimpinan sekolah. MGB mesti berupaya menjadi peneraju pendidikan lestari di negeri ini.

Kepimpinan GB disekolah sentiasa dilihat sebagai satu usaha untuk memanfaatkan pelbagai sumber yang ada untuk mencapai hasil yang terbaik. Jika begitu halnya apakah gaya kepimpinan yang perlu digunakan untuk mencapai misi dan visi sekolah? Sebenarnya tidak ada satu gaya atau pendekatan tunggal yang terbaik boleh digunakan secara universal dalam situasi sekolah yang berbeza-beza.

Soalan penting boleh ditanya pada diri sendiri, gaya kepimpinan manakah yang diperlukan oleh pengikut di sekolah daripada saya? Adakah dengan memberi perintah kepada orang lain apa yang patut dibuat, mendisiplin mereka dan bersikap tegas memadai untuk menjadi pemimpin berkesan dan cekap?

Kita sudah biasa dengan klise (cliche)'kepimpinan instruksional penggerak transformasi pendidikan'. Kita hampir lupa apakah ciri-ciri kepimpinan yang dimaksudkan itu. Kita lalai menguasai elemen transformasi ( untuk perubahan skala besar) atau fasa-fasa perubahan ( skala peringkat organisasi sekolah)yang patu berlaku dalam kepimpinan di sekolah.

Kita mahu menarik perhatian rakan-rakan GB supaya terus meningkatkan komitmen dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah pada tahun baru 2012. Sentiasa amalkan 'reflect & learn'. Hari ini dan hari-hari akan datang sangat perlu kepada 'learning-achievement-testing' bukan 'testing-achievement-learning'. Sebagai pengamal kepimpinan utama di sekolah, GB sebagai pemimpin di sekolah seharusnya 'know yourself, manage yourself and give yourself'

Selamat bertugas pada tahun 2012. Tahniah dan syabas atas pencapaian sepanjang tahun 2011.