Rabu, 15 Disember 2010

Persediaan Pengurusan Sekolah 2011

Salam bahagia. Sekarang adalah masa terbaik untuk rakan-rakan GB membuat persediaan untuk pengurusan persekolahan 2011. Marilah kita bersama guru-guru kita dan staf sokongan membuat refleksi atas kerja buat sepanjang tahun 2010. Adakah telah mencapai kepada sasaran yang ditetapkan atau 'below target'. Sama-sama kita mencari sebab-sebab kegagalan atau faktor-faktor yang menyebabkan kejayaan. Jika kita berupaya untuk duduk bersama untuk muhasabah organisasi, refleksi kendiri dan merenung fikir kerja setahun lalu maka kita telah boleh dikatakan sebagai pengamal 'continuous learning'.

Ini bermakna kita telah melangkah untuk penilaian dan pelaporan. Jadi sudah tentu bila melakukan penilaian dan pelaporan kita perlu menyediakan dokumentasi. Misalnya jika kita telah melengkapkan skor SKPM dalam tawaran baru di portal NKRA KPM, adakah kita telah mempunyai instrumen asas sebelum melengkapkan skor mengenai dimensi atau eleman-elemen yang terdapat dalam SKPM. Atau adakah ia hanya setakat 'key in' skor tanpa apa-apa dokumen sokongan. Isu mengenai skor sembrono timbul bila skor yang dimasukkan hendak dibuat verifikasi tidak dapat dibuktikan oleh pemimpin sekolah sendiri. Jadi sediakan dokumen atau rekod-rekod pencapaian sekolah difailkan dengan teratur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan