Rabu, 29 Disember 2010

Mempimpin Transformasi Sekolah

Salam hormat. Umum sudah mengetahui dan bersetuju bahawa keberkesanan pengurusan dalam organisasi pendidikan berhubung rapat dengan penyediaan pendidikan yang bermutu dan standard yang tinggi untuk pelajar. Kajian telah menunjukkan sekolah-sekolah yang baik, unggul dan prestasi cemerlang adalah hasil kepimpinan cekap, berkesan dan berkualiti.

MGB berpendapat GB mesti berupaya membina, melaksanakan perancangan strategik sekolah. Melalui perancangan strategik sekolah, guru-guru, staf sokongan, ibubapa, komuniti dan murid-murid bersepakat menjayakan misi, visi, matlamat, objektif untuk mencapai sasaran melalui kerjabuat yang terancang. Perancangan patut mengambil kira skop kerja seperti kemampuan dan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan semua. Perancangan pelu ada jadual dan jangka masa atau tempoh masa tertentu. Ia buka dibuat secara ad hoc atau tergesa-gesa untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Akhirnya perancangan yang baik mesti dipimpin dan diurus oleh kepimpinan dan pengurusan yang baik.

GB adalah pemimpin tertinggi sekolah yang berupaya membawa perubahan kepada sekolah mereka. Disinilah perlunya kepada kweujudan gaya, pendekatan atau jenis pemimpim 'transformational' yang boleh menjadi pilihan pegangan GB. Jangan jadi pemimpin yang tidak 'berjenis'. Jangan telalu bergantung kepada karisma peribadi. Kepimpinan transformational boleh berperanan sebagai pemimpin mengikut situasi (situational leader). Ia menggunakan pelbagai gaya kepimpinan dalam konteks yang berbeza.

Alimuddin (2006)menyebut perubahan dalam organisasi yang hendak dibuat memerlukan GB memiliki asas kepimpinan seperti:
1. Membantu membina budaya collaborative iaitu bekerjasama,team work, hormat-menghormati atau saling membantu
2. Berusaha meningkatkan pembangunan intelek, personal dan profesionalisme warga guru
3. Berusaha dan bersedia menyelesaikan masalah berkait peribadi, tugas dan kerjaya sekiranya berlaku dikalangan warga sekolah.

Transformasi tidak berlaku dengan mudah jika aspek-aspek kepuasan kerja, kejayaan dan persepsi mengenai kejayaan yang tidak sekata dan seiring diantara warga sekolah. GB yang berjaya adalah GB yang berjaya membuat tranformasi dalam organisasinya.

Ahad, 26 Disember 2010

Membangun Kapasiti Sekolah 2011

Salam hormat. Tahniah kepada semua rakan-rakan GB yang berjaya mengisi data untuk NKRA-skor SKPM 2010 (versi 2003). MGB percaya tahun 2011 akan menjadi tahun yang lebih berjaya dalam mengurustadbir dan memimpin sekolah. Sesuai dengan slogan JPNT 'Melestarikan Pendidikan Terbilang'.

Atas dasar melestarikan pendidikan ini MGB berpendapat adalah wajar pemimpin lestari atau 'sustainable leadership' dapat dibangun kapasiti dan diperkembangkan untuk meningkatkan keupayaan sekolah untuk terus cemerlang. Dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-15 2008 IAB Genting Highland yang menggunakan tema 'sustainable leadership', Len Cairns telah memetik dari Hargreaves and Fink (2006)menyatakan....'there are 7 Principles of Sustainability in educational change and leadership. They are:
Principle 1: Depth, Learning and Integrity
Principle 2: Length, Endurance and Succession
Principle 3: Breadth, Distribution,not Delegation
Principle 4: Justice, Others and Ourselves
Principle 5: Diversity, Complexity and Cohesion
Principle 6: Resourcefulness, Restraint and Renewal
Principle 7: Conservation, History and Legacy'
(Sila rujuk huraian dalam kertas kerja tersebut)
Pada masa yang sama Cairns memetik dari Davies (2007)menjelaskan maksud 'Sustainable Leadership' dalam konteks sekolah iaitu:
'Sustainable Lerdership' is founded on passionate belief that everyone in the school will be on their learning journeys. It sees success as both sustainable and accessible to all. Sustainable leadership is made up of the key factors that underpin the school's long term success development.'

MGB berpendapat adalah wajar rakan-rakan GB memahami pendekatan atau amalan-amalan kepimpinan lestari pendidikan atau 'education sustainable leadership'. Sudah tiba masa pendekatan baharu dalam meningkatkan kualiti dan standard pendidikan diperlukan dalam usaha melestarikan pendidikan terbilang di negeri ini. Pendekatan konvensional melalui sistem birokrasi atau 'top-down' yang ketat tidak lagi sesuai.

Pendekatan baharu sepatutnya lebih menekankan akauntabiliti pihak sekolah sendiri memajukan sekolah seperti meningkatkan prestasi pencapaian akademik, kokurikulum dll. Ini bermakna pemimpin sekolah perlu membangunkan kapasiti sekolah mengikut keperluan sekolah itu sendiri. Strategi sebegini memerlukan kepimpinan yang 'kuat' dan berani dikalangan GB dengan gaya dan amalan kepimpinan transformasi, beretika, dan bermoral.

Rabu, 15 Disember 2010

Persediaan Pengurusan Sekolah 2011

Salam bahagia. Sekarang adalah masa terbaik untuk rakan-rakan GB membuat persediaan untuk pengurusan persekolahan 2011. Marilah kita bersama guru-guru kita dan staf sokongan membuat refleksi atas kerja buat sepanjang tahun 2010. Adakah telah mencapai kepada sasaran yang ditetapkan atau 'below target'. Sama-sama kita mencari sebab-sebab kegagalan atau faktor-faktor yang menyebabkan kejayaan. Jika kita berupaya untuk duduk bersama untuk muhasabah organisasi, refleksi kendiri dan merenung fikir kerja setahun lalu maka kita telah boleh dikatakan sebagai pengamal 'continuous learning'.

Ini bermakna kita telah melangkah untuk penilaian dan pelaporan. Jadi sudah tentu bila melakukan penilaian dan pelaporan kita perlu menyediakan dokumentasi. Misalnya jika kita telah melengkapkan skor SKPM dalam tawaran baru di portal NKRA KPM, adakah kita telah mempunyai instrumen asas sebelum melengkapkan skor mengenai dimensi atau eleman-elemen yang terdapat dalam SKPM. Atau adakah ia hanya setakat 'key in' skor tanpa apa-apa dokumen sokongan. Isu mengenai skor sembrono timbul bila skor yang dimasukkan hendak dibuat verifikasi tidak dapat dibuktikan oleh pemimpin sekolah sendiri. Jadi sediakan dokumen atau rekod-rekod pencapaian sekolah difailkan dengan teratur.